18 February 2011
Kerinduan
Hidup ini penuh dengan cabaran yang rumit dan sukar difahami tanpa diselongkar satu persatu.hidup ini sangat menakutkan,tambahan lagi dugaan yang diterima amat berat untuk dipikul dan juga untuk diredhai.Dugaan yang amat perit untuk disimpan dalam hati selamanya kerana ia akan menjadi semakin parah bila ia menjelma.sukarnya memendam sesebuah perasaan yang suci dalam jangka masa yang lama membuatkan diri ini sangat merindui segala kenangan ketika bersamanya.namun jauh dari sudut hatiku masih menyelongkar memori silam yang masih belum padam ditelan kenangan pahit.kenapa terlalu sukar untuk melupakan dirimu???kenapa???adakah diri ini amat memerlukan dirimu yang kian menghilang...bagaimana untuk melupakan dirimu yang sentiasa berada di fikiran semasa diri ini berada dalam kesedihan dan juga kesepian.Kehilanganmu secara tiba-tiba membuatkan diriku terpaku seketika,membuatkan diri ini meratap pemergianmu dengan redha.Sudah saatnya diriku melupakan mu buat selamanya.bagiku dirimu tetap berada di pangkuan hatiku selama-lamanya.segala memori bersamamu akan menjadi saat paling indah dalam hidupku sepanjang hayat.Aku sangat bertuah kerana mengenalimu.Inilah cinta pertama dalam hidupku dan berasa gembira kerana dipertemukan dengan dirimu.semoga kita berdua akan berjaya dalam menjalani hidup yang penuh mencabar ini.kini aku gembira insan yang tersayang di sisi ku selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
