My lovely
welcome to my blog
17 May 2011
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :- 1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. 2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X. 4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur. Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Aku Hanya Insan Biasa
Aku cuma insan biasa tiada sebarang kebolehan yang membanggakan berbanding orang lain cuma satu je yang boleh ku buat iaitu meluahkan apa yang terpendam di hati. Aku tidak memiliki sebarang kebolehan seperti orang lain,semua orang dapat buat apa yang mereka ingin buat namun bagiku semua itu takkan dapat ku lakukan walupun berusaha dengan bersungguh - sungguh kesimpulan nya hanya kegagalan bagiku .kenapa aku tidak mempunyai kelebihan seperti orang lain . Alangkah gembiranya aku kalau aku seperti orang lain yang memiliki banyak kelebihan berbanding kekurangan .Bagiku kelebihan yang ada padaku tidak bermakna kerana ia tidak sebagus orang lain. Kenapa aku tidak dapat melihat kelebihan ku sehingga kini aku masih belum menemui pa kelebihan ku.
21 March 2011
18 February 2011
Kerinduan
Hidup ini penuh dengan cabaran yang rumit dan sukar difahami tanpa diselongkar satu persatu.hidup ini sangat menakutkan,tambahan lagi dugaan yang diterima amat berat untuk dipikul dan juga untuk diredhai.Dugaan yang amat perit untuk disimpan dalam hati selamanya kerana ia akan menjadi semakin parah bila ia menjelma.sukarnya memendam sesebuah perasaan yang suci dalam jangka masa yang lama membuatkan diri ini sangat merindui segala kenangan ketika bersamanya.namun jauh dari sudut hatiku masih menyelongkar memori silam yang masih belum padam ditelan kenangan pahit.kenapa terlalu sukar untuk melupakan dirimu???kenapa???adakah diri ini amat memerlukan dirimu yang kian menghilang...bagaimana untuk melupakan dirimu yang sentiasa berada di fikiran semasa diri ini berada dalam kesedihan dan juga kesepian.Kehilanganmu secara tiba-tiba membuatkan diriku terpaku seketika,membuatkan diri ini meratap pemergianmu dengan redha.Sudah saatnya diriku melupakan mu buat selamanya.bagiku dirimu tetap berada di pangkuan hatiku selama-lamanya.segala memori bersamamu akan menjadi saat paling indah dalam hidupku sepanjang hayat.Aku sangat bertuah kerana mengenalimu.Inilah cinta pertama dalam hidupku dan berasa gembira kerana dipertemukan dengan dirimu.semoga kita berdua akan berjaya dalam menjalani hidup yang penuh mencabar ini.kini aku gembira insan yang tersayang di sisi ku selamanya.
26 January 2011
Lumrah kehidupan
Hidup ini sentiasa ada beberapa halangan yang sukar.mampukah diriku menjalani dengan tenang tanpa dugaan DariNya.bila memikirkan perkara yang bakal berlaku aku menjadi semakin takut untuk melaluinya,semakin bebanan yang harus aku pikul dengan begitu berat sekali.Namun dengan pertolongan DariNya,aku akan menghadapinya dengan tabah & sabar tanpa mengeluh.Semua kesenangan bermula dengan kesusahan,itulah pentas di dunia yang telah dicipta untuk semua pelakon-pelakon di pentas yang sebenar dengan beberapa plot yang sukar,kehidupan yang singkat,kesakitan yang parah,dan juga pengalaman yang perit.Bagaimana dengan plot hidupku pada masa hadapan???adakah akan berbeza dengan keadaan yang sekarang???bila memikirkan ia aku semakin sukar untuk meneruskan hidupku.segala pegangan aku pegang akan kuserahkan kepada-Nya.Bawalah aku ke jalan yang benar.Bantulah aku semasa aku memerlukanMu.....
22 January 2011
luahanku
hati ini begitu sengsara kerana dihantui oleh memori silam yang amat menyakitkan dan menyedihkan.entah bila kelukaan ini dapat diubati...kerana ia akan memakan banyak masa untuk melalui proses penyembuhan.sakitnya bila dikhianati,dikejami,dilukai,dihancuri,dinodai,dibunuh oleh peristiwa yang lampau.sukar untuk melupakan kisah silam yang sangat pedih sangat perit untuk diungkapkan melalui perkataan.dimana kah jalan penyelesaian diri ini.sengsara hingga merasakan hidup ini tidak lagi menggembirakan dan melucukan.hidup sudah tidak bererti lagi buat diri ini yang hanya menunggu masa untuk pergi ke tempat yang paling jauh sekali.kenapa semua ini berlaku pada saya kenapa?kenapa?kenapa?saya tidak berdaya untuk menyelesaikan masalah yang rumit ini.kenapa???pergorbanan ini tidak dibalas dengan nasib yang lebih baik..diri ini sudah berusaha sebaik mungkin dan tanpa sedar kini dihantui dengan pengalaman yang pahit.terasa pahit untuk dtelan dan terasa ngeri untuk diingati pada masa depan.namun ku pasrah dengan apa yang berlaku kerana ianya adalah dugaan daripada Allah S.W.T.ujian ini amat berat bagiku tapi aku akan berusaha dengan baik tanpa mengecewakan semua pihak....
27 December 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
